Pages

Thursday, January 13, 2011

Kuasai Pelbagai Jenis Ilmu Keperwiraan, Zahir Dan Batin..

"Tidak perlu merantau ke seluruh pelosok benua, semata-mata mencari guru yang mahir dan mengorbankan masa anda yang beharga.. kerana anda sendiri mampu melakukannya dengan MUDAH DAN CEPAT !!"


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian.


Saya perkenalkan..


KOLEKSI SENI WIRAWAN


Miliki kitab-kitab (kini dalam bentuk ebook) "Koleksi Seni Wirawan" yang begitu istimewa dan luar biasa daripada kami. Meliputi pelbagai tajuk yang SUKAR DITEMUI DAN JARANG DIDENGAR.


PENGENALAN KOLEKSI SENI WIRAWAN


Koleksi Seni Wirawan merupakan himpunan 19 kitab-kitab yang amat jarang sekali didedahkan yang seterusnya dikumpulkan menjadi satu dan dinamakan “Koleksi Seni Wirawan”. Ia merupakan satu koleksi kitab-kitab yang sukar ditemui dan jarang didengar.

19 kitab yang sedia ada (kini dalam bentuk ebook) adalah ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis sendiri semasa mudanya serta kajian dan study yang dilakukan ke atas orang-orang yang berpengalaman, kitab-kitab kuno, catatan-catatan persendirian dan seumpamanya.

Dengan lain perkataan, tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Koleksi Seni Wirawan ini merupakan adaptasi daripada pengalaman, catatan-catatan penulis sendiri (sejak sekitar tahun 1989) serta kajian (study) yang beliau lakukan di sepanjang tempoh penglibatan beliau. Versi yang anda lihat sekarang adalah versi-versi yang telah diteliti dan lebih sesuai untuk didedahkan. Mana-mana yang tidak harus menjadi pengetahuan umum telah dikeluarkan (delete) daripada menjadi isi kandungan kitab-kitab tersebut.

Koleksi Seni Wirawan mula-mula ditulis pada tahun 2005 dengan tajuk pertama yang ditulis adalah Ribuan Petua Tradisional, Ilmu Pengasih dan Ilmu Pemanis. Namun, 18 daripada 19 tajuk yang sedia ada (kecuali Seni Beladiri) telah siap sepenuhnya pada tahun 2006 dan versi yang ada sekarang sebenarnya adalah versi ketiga iaitu pembaikan daripada versi kedua yang telah disiapkan pada tahun 2007.


SEJARAH KOLEKSI SENI WIRAWAN


Dengan usia yang semakin meningkat, seorang hamba Allah berfikir di dalam hati..

-"Apakah kesudahan terhadap ilmu pengetahuan yang ada di dalam diri?".

-"Apakah tiada pewaris kepada segala ilmu-ilmu kebatinan, spiritual, beladiri yang selama berpuluh tahun cuba dikuasai?".

-"Apakah segala-galanya akan pupus.. bersama dengan kematiannya nanti? Suatu kematian.. yang akan membawa bersama pupusnya ilmu-ilmu tersebut.."

-"Apakah kesudahan ilmu-ilmu pengetahuan tersebut?"

Memandang ke dalam bilik, di suatu sudut terdapat sebuah rak untuk menempatkan buku. Rak yang dipenuhi dengan kitab-kitab lama, catatan-catatan peribadi orang-orang perseorangan, pemberian para guru yang pernah menjadikannya anak murid dan seumpamanya.. malah di situ juga ditempatkan catatan-catatan persendirian beliau sendiri yang mula dihimpunkan sejak zaman remaja lagi, dinaskahkan dengan kemas walaupun semakin hari menjadi lusuh. Kitab-kitab lama tulisan tahun 50-an, 60-an, 70-an.. yang sehingga kini tidak diterbitkan lagi. Naskah-naskah jawi kuno dengan bahasa-bahasa lama juga tersimpan di situ. Di sebuah rak buku, yang bukan cuma buku @ kitab @ naskah bagi pemiliknya.. namun lebih kepada gambaran "siapa empunyanya".

Di sudut yang sama pula, tersimpan beberapa buah kotak dan beg-beg lama yang juga semakin lusuh dan berdebu. Di dalamnya pula tersimpan pemberian-pemberian orang perseorangan, pelbagai tanda mata daripada beberapa bekas guru yang sebilangannya telah pun meninggal. Tangkal azimat, minyak doa mentera pelbagai jenis, batu permata, keris, senjata lama.. malah juga tersimpan satu dua benda yang agak ganjil.. penemuan jauh dari logistik. Hmm.. siapa akan memahaminya? Tiada siapa yang akan memahaminya.. jika mereka sendiri tidak "mendalami". Sedar dengan perubahan zaman, perubahan ke arah arus pemodenan.. tiada lagi orang melihat akan ilmu pengetahuan serta amalan seperti itu. Biarlah ia begitu...

Sejak beberapa lama, hamba Allah tersebut sering memikirkan perkara yang sama. Hari silih berganti.. masa terus beredar, akhirnya.. keputusan telah dibuat.. beliau akan 'menulis'. Menulis dan mencurahkan segala-galanya yang diketahuinya di dalam setiap tulisannya. Maka, pada tahun 2005 bermulalah tugas tersebut.

"Tugas" adalah kurang tepat untuk menggambarkan apa yang beliau lakukan kerana apa yang beliau rasakan sebenarnya ia "sesuatu yang telah sedia ada".. yang selama ini memang dilakukan. Ya! Malah selama ini pun beliau melakukannya.. sejak zaman remaja lagi.. sejak mengenali "dunia" tersebut.., kecuali kali ini ia (ilmu pengetahuan tersebut) ditulis di atas kertas dan dibukukan untuk tatapan umum.. bukan lagi cuma ditulis di atas kertas dan dijadikan nota untuk rujukan diri sendiri dan di simpan di dalam hati. Perbezaannya, dahulu ia adalah untuk diri sendiri sahaja, namun kini ia adalah untuk ditinggalkan kepada anak-cucu-cicit, generasi akan datang serta tatapan umum. Jika tujuannya untuk meninggalkan/ mewariskan segala-galanya, maka tentunya yang dituliskan itu meliputi segala-galanya. Harapan beliau adalah, agar tiada satu pun tertinggal untuk dibukukan.

Pada lewat tahun 2005, 3 buah manuskrip telah siap ditulis iaitu (Ribuan Petua Tradisional, Ilmu Pengasih dan Ilmu Pemanis). Sementara 16 buah manuskrip lagi  masih dalam penulisan. Penulisan diteruskan, sehinggalah pada awal tahun 2006 sebanyak 18 manuskrip Koleksi Seni Wirawan telah pun disiapkan (kecuali manuskrip Seni Beladiri). Seni Beladiri adalah manuskrip yang terakhir sekali disiapkan di antara manuskrip-manuskrip sedia ada memandangkan isi kandungannya memerlukan kebolehan untuk melukis teknik-teknik yang diajarkan.

Pada mulanya, tujuan manuskrip-manuskrip tersebut ditulis dan seterusnya dinaskahkan menjadi kitab-kitab Koleksi Seni Wirawan adalah untuk simpanan @ amalan anak-cucu-cicit sahaja. Jadi, segala ilmu pengetahuan berkaitan semuanya disimpan di dalamnya.. Tanpa meninggalkan satu pun yang diketahui pada waktu itu. Namun, versi pertama tidak begitu sesuai untuk bacaan umum. Jadi, ulangkaji telah dilakukan.

Para saudara dan rakan-rakan seperjuangan ketika itu (termasuk jurulatih-jurulatih beladiri) yang berminat boleh memilikinya asalkan tidak disalahgunakan. Daripada saranan merekalah kitab-kitab tersebut cuba diterbitkan. Pertengahan tahun 2006, isi kandungan setiap kitab tersebut telah ditapis semula agar lebih sesuai untuk bacaan umum. Setelah selesai, 2 tajuk kitab iaitu Ilmu Pengasih dan Ilmu Pemanis telah dipilih untuk cuba diterbitkan. Namun, nampaknya setakat ini (di Sarawak) tiada seorang penerbit pun yang berani menerbitkan tulisan ilmiah berupa amalan-amalan lama seperti itu.

Hmm.. namun matlamat asal adalah untuk ditinggalkan kepada generasi akan datang.. jadi, kitab-kitab tersebut diedarkan juga melalui kiriman pos (mail order). Ketika itu, sambutan adalah begitu menggalakkan untuk beberapa tahun pertama sehinggalah kos pengiriman dan setem dinaikkan oleh pihak pos sehingga 75%. Seterusnya memaksa penulis mengedarkannya melalui internet. Jadi, untuk tahun 2009, kitab-kitab tersebut telah di-review semula agar lebih sesuai (menjadikannya versi ke-3) dan akhirnya dijadikan ebook-ebook sebagaimana yang ada sekarang. Kitab-kitab (kini dalam bentuk ebook) Koleksi Seni Wirawan yang begitu istimewa.


KOLEKSI SENI WIRAWAN SECARA UMUM


Koleksi Seni Wirawan meliputi 19 ebook kesemuanya (setakat ini) iaitu meliputi tajuk-tajuk berikut:-


1. Ilmu Batin Pahlawan
2. Ilmu Kedukunan
3. Ilmu Pengasih
4. Ilmu Pemanis
5. Ilmu Penunduk
6. Ilmu Kebal
7. Petua Dan Amalan Penguat Tenaga Batin
8. Petua Dan Amalan Kecantikan Diri
9. Ribuan Petua Tradisional
10.Seni Beladiri
11.Bina Badan
12.Menentang Haiwan Buas
13.Menentang Sihir Dan Makhluk Ghaib
14.Penawar Racun
15.Gimbar Ghaib
16.Pandangan Makrifat
17.Pembinasa
18.Penggerun &
19.Halimunan


Berdasarkan 19 tajuk yang sedia ada, Koleksi Seni Wirawan telah dibahagikan kepada 5 pakej utama iaitu:-


Pakej Rahsia Pendekar :-

i)   Seni Beladiri

ii)  Ilmu Batin Pahlawan

iii) Ilmu Kebal

iv)  Bina Badan &

v)   Menentang Haiwan Buas


Pakej Dunia Kedukunan :-


i)   Ilmu Kedukunan

ii)  Menentang Sihir Dan Makhluk Ghaib

iii) Pandangan Makrifat &

iv)  Penawar Racun


bab seterusnya akan saya ceritakan dalam blog yang seterusnya

lawati dahulu http://letsclick.me/ilmudunia

No comments:

Post a Comment